Sepanjang tempoh ini, tiada cuaca signifikan dijangka berlaku. Walau bagaimanapun, ribut petir masih berpotensi berlaku di Sabah, Sarawak dan tengah serta selatan Semenanjung. Pada masa yang sama, cuaca panas dan kurang hujan dijangka berlaku di negeri-negeri utara Semenanjung.
MET Malaysia masih mengekalkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora (Kategori Pertama) bagi perairan pantai Sarawak dan Sabah sehingga 20 Januari 2022.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Dikemas kini: 18 Januari 2022, pada 1:00 tengah hari
0 Comments