Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan perintah pengasingan ke atas kes positif COVID-19 dan kuarantin bagi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.
Berdasarkan data, sains dan pengalaman negara-negara lain berkaitan pengurusan kes positif COVID-19 dan kontak rapat kepada kes positif. KKM telah membuat penilaian semula tempoh pengawasan dan pemerhatian dan memutuskan ketetapan terkini seperti berikut ;
Kes Positif COVID-19
Perintah pengasingan ke atas kes positif COVID-19 bagi SEMUA jenis varian adalah: .
Selama tujuh (7) hari bagi atas kes yang telah lengkap vaksinasi
dan tidak bergejala: • Selama 10 hari bagi kes yang tidak lengkap atau tiada vaksinasi
atau bergejala.
*Penilaian kesihatan akan dibuat sebelum pelepasan boleh diberikan.
Kontak Rapat kepada Kes Positif COVID-19 Perintah kuarantin bagi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 termasuk jangkitan varian Omicron: Selama lima (5) hari ke atas individu yang telah mendapat dos penggalak;
Selama tujuh (7) hari ke atas individu telah lengkap vaksinasi
dan yang belum lengkap atau tiada vaksinasi;
. Sekiranya bergejala, lakukan ujian pengesanan jangkitan COVID-19 menggunakan RTK-Ag, sama ada kendiri atau ke fasilti kesihatan berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut: . Keputusan ujian kendiri hendaklah di masukkan ke dalam
Mysejahtera; Menjalani ujian RTK-Ag sama ada di fasiliti kerajaan atau swasta pada hari ke-5 (untuk kuarantin 5 hari) dan hari ke-7 (untuk
kuarantin 7 hari); dan . Diberi pelepasan kuarantin pada hari yang sama ujian pengesanan RTK-Ag dijalankan sekiranya keputusan adalah negatif dan tidak bergejala.
Berikut adalah ringkasan tempoh kuarantin bagi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 mengikut status vaksinasi COVID-19
Prosedur ini akan mula berkuatkuasa pada Ahad, 16 Januari 2022 dan Pelepasan Prosedur ini akan mula turut terpakai ke atas mereka yang sedang menjalani pengasingan. dan kuarantin. Prosedur sedia ada bagi pengurusan pengembara yang baru tiba ke Malaysia masih terpakai.
KKM juga telah meningkatkan kesiapsiagaan sistem perkhidmatan kesihatan dalam menghadapi kemungkinan peningkatan kes susulan pelaporan kes jangkitan varian Omicron dalam negara. Oleh itu, KKM menyarankan kepada individu yang layak menerima vaksin COVID-19 supaya mendapatkan dos penggalak bagi mencapai tahap perlindungan. yang optima serta mengelakkan gejala jangkitan COVID-19 yang teruk serta komplikasinya.
Sekian, terima kasih.
KHAIRY JAMALUDDIN Menteri Kesihatan Malaysia
15 Januari 2022
0 Comments