Info Banjir | Banjir Makin Buruk di Pahang

Berita duka banjir terus berpanjangan dari Selangor ke negeri-negeri lain. Seramai hampir 15,000 penduduk terjejas banjir di negeri Pahang Darul Makmur dan 194 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka sehingga semalam membabitkan 4,088 keluarga.


Info Banjir | Banjir Makin Buruk di Pahang



Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS yang dibuka setakat ini di Pahang iailah di daerah Raub, Maran, Lipis dan Jerantut.


Sementara itu, 18 sungai melepasi paras bahaya di Pahang membabitkan daerah Lipis, Jerantut, Raub dan Kuantan. Sungai terbabit ialah Sungai Jelai di Bukit Betong, Sungai Jelai di Jeti Lipis dan Sungai Lipis di Benta, Lipis.


Diminta penduduk sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dan sentiasa mendapatkan update terkini dari siaran yang boleh dipercayai.




Post a Comment

0 Comments