Untuk artikel kali ini admin ingin berkongsikan sebuah hotel yang boleh dikatakan agak baru di Genting Highlands. Hotel yang admin maksudkan ialah GEO Resort & Hotel di Genting Permai Avenue.
Buat pengetahuan, GEO Resort & Hotel Genting Highlands ini bukan berada di puncak. Lebih kurang 10 km juga untuk sampai ke pincak Genting Highlands. GEO Resort & Hotel Genting Highlands terletak berhampiran Hotel Swiss Garden Genting Highlands dan kedudukannya yang agak strategik kerana berdekatan dengan KK Mart, 7 Elevean, Petron dan deretan kedai makan serta kedai-kedai barangan keperluan lain.
GEO Resort & Hotel Genting Highlands menawarkan 4 jenis buah bilik iaitu ;
1. Family Suite
Bilik jenis ini mampu memuatkan 4 orang dewasa atau 2 dewasa 2 kanak-kanak. Sangat sesuai buat mereka yang datang bersama keluarga. Didatangkan dengan katil bersaiz Super King dan Queen size bunk bed membuatkan bilik ini sangat selesa didiami oleh mereka yang berkeluarga.
Bilik ini juga menyediakan ;
- Individually controlled air-conditioning
- Bathroom with walk-in rainforest shower
- Exclusive bathroom toiletries
- 55-inch flat screen Smart LCD TV
- Complimentary in-room treats
Harga : RM700
2. Premiere Suite
Bilik jenis Premiere Suite ini cukup luas dengan katil bersaiz Super King. Bagi mereka yang gemarkan bathtub, admin merekomendasikan bilik ini kerana sebuah bathtub bersaiz besar disediakan di dalam bilik jenis ini. Antara lain yang disediakan ialah ;
- Individually controlled air-conditioning
- Large Bathroom with bathtub
- Exclusive bathroom toiletries
- Touch panels to control lighting, air conditioning and
curtains or blinds
- 55-inch flat screen Smart LCD TV
- Complimentary in-room treats
Harga : RM550
3. Superior King Room
Bilik jenis ini berkeluasan 32.5sqm dengan katil bersaiz Super King. Cukup selesa buat mereka yang datang secara berpasangan. Bilik ini juga menyediakan ;
- Individually controlled air-conditioning
- Bathroom with walk-in rainforest shower
- Exclusive bathroom toiletries
- 55-inch flat screen Smart LCD TV
- Complimentary in-room treats
4. Superior Twin Room
Ini bilik yang admin pilih selama 3 hari 2 malam ketika menginap di sini. Admin berkongsi bilik dengan rakan blogger admin. Memang selesa dan luas bilik ini. Yang paling admin suka ialah katil dan bantalnya yang empuk.
Bilik yang admin pilih ini juga terdapat balkoni yang admin boleh menikmati pemandangan. Paling admin suka berada di balkoni ini ialah pada awal pagi, boleh menghirup udara sejuk pagi di Genting Highlands sambil menikmati secangkir kopi dalam keadaan berkabus. Terasa seperti di luar negara pula!
Bilik ini juga menyediakan ;
- Individually controlled air-conditioning
- Bathroom with walk-in rainforest shower
- Exclusive bathroom toiletries
- 55-inch flat screen Smart LCD TV
- Complimentary in-room treats
Harga : RM350
Nikmati Hi-Tea di Glass Haus
Oleh kerana admin menginap selama 3 hari 2 malam di GEO Resort & Hotel Genting Highlands ini, jadi admin berkesempatan untuk menikmati Hi-Tea di Glass Haus yang terletak di aras paling tinggi hotel ini iaitu di Roof Top.
Buat masa sekarang Glass Haus hanya dibuka untuk minum petang sahaja. Dengan hidangan minum petang yang bukan sahaja dihias cantik malah semuanya enak belaka. Bayangkan, menikmati hidangan minum petang yang enak sambil menikmati pemandangan dari aras paling tinggi di hotel. Oleh kerana ruangan di sini terbuka jadi anda dapat menghirup angin sejuk Genting Highlands.
Untuk hidangan Hi-Tea ini harganya RM98nett jika dine-in manakala jika takeaway pula harganya RM120nett. Setiap set termasuk kopi dan teh untuk 2 orang. Hi-Tea bermula dari pukul 2 petang hingga 6 petang setiap hari.
Pada sebelah malamnya pula kami menikmati steamboat di Cabana yang berkonsepkan contemporary all-day dining restaurant. Memang sesuailah pada malam yang dingin di Genting Highlands ini dihidangkan dengan steamboat yang panas dan enak.

Nikmati Roti Sarang Burung Di Restoran Cabana
Restoran Cabana di GEO Resort & Hotel Genting Highlands ini menyediakan sarapan pagi yang cukup mewah dengan menu makanannya yang pelbagai. Sarapan pagi pertama kami dihidangkan dengan nasi lemak, ayam masak merah, bihun goreng dan bermacam lagi hidangan buffet.
Namun yang paling menarik ialah roti sarang burung yang disediakan oleh chef yang sangat berpengalaman. Melihat aksinya menebarkan roti canai terasa seperti berada di kedai mamak. Boleh juga pilih untuk makan sama ada roti canai biasa atau roti sarang burung dengan pilihan citarasa telur goyang atau telur biasa.
Hari kedua pula, menunya sedikit berbeza walau menu nasi lemaknya dikekalkan. Jika hari pertama dihidangkan dengan menu bihun goreng, hari kedua kami di sini dihidangkan dengan kuey teow goreng, ayam masak kicap dan pelbagai lagi menu lain yang semua tak kurang sedapnya.
Pelbagai Menu Makan Tengahari Yang Menarik
Hidangan makan tengahari juga disediakan di Restoran Cabana yang terletak di aras 1, GEO Resort & Hotel Genting Highlands. Untuk hidangan tengahari tiada buffet disediakan, hanya hidangan ala-carte sahaja namun anda boleh memilih pelbagai menu menarik yang disediakan di sini.
Antara menu yang kami pilih tempoh hari ialah ;
- Spicy Marinara
- Seafood Aglio Olio
- Masala Chicken Pizza
- Nasi Goreng Padang
- Grilled Chicken Sandwich
- Peri-Peri Chicken
- Chicken Chop
Tetapi yang paling istimewa, ada dessert yang dinamakan Ice Cream Nasi Lemak. Uniknya dessert ini ialah ianya ais krim kelapa yang dihidangkan bersama sambal, ikan bilis, telur dan timun. Sama seperti hidangan nasi lemak sebenar dan rasanya memang sedap!. Siapa sangka kombinasi manis ais krim kelapa ini sangat enak sebenarnya dimakan bersama sambal, ikan bilis, telur dan timun! Jika anda ke GEO Resort & Hotel Genting Highlands, jangan lupa mencuba ais krim nasi lemak.
Lain-Lain Fasiliti Yang Terdapat di GEO Resort & Hotel Genting Highlands
Seperti hotel-hotel yang bertaraf 4.5 bintang yang lain, GEO Resort & Hotel Genting Highlands turut menyediakan kemudahan berikut ;
- Exquisite dining at six restaurants
- Heated outdoor children and adult infinity pool
- Complimentary towel service
- Special pool side menu
- Business Centre with meeting butler
- Fitness Centre; a selection of free weights, treadmills, cycles, cross trainer and accessories
- Zumba & Yoga Room
- Cigar Piano Lounge
- Concierge
- Tour Desk
- Limousine & Shuttle Service
- Grand Ballroom
- Conference Rooms
- Teleconferencing Room with Smart Screen
- Surau
 |
Changing Room |
 |
Gym |
Tempat Menarik di Sekitar GEO Resort & Hotel Genting Highlands
Oleh kerana GEO Resort & Hotel Genting Highlands terletak di laluan yang strategik, agak mudah bagi para tetamu untuk melawat ke tempat-tempat menarik yang berada di sekitar hotel. Antaranya ialah ;
- Genting Skyway Cable Car
- Genting Premium Outlets
- Golf Course
- Chin Swee Cave Temple
- Gunung Bunga Buah Hiking Trail
- Happy Bee Farm
- Orchid Farm
- Ginger Farm
- Genting Strawberry Farm
- Kuala Gandah Elephant Conservation Centre
- Fashion Forest
- Bentong Fruit Orchard
Genting Premium Outlets hanya terletak beberapa kilometer sahaja dari hotel, jadi anda boleh memilih untuk menaiki grab untuk ke sana (hujung minggu biasanya GPO sangat sesak, jadi bolehlah menaiki grab untuk elak dari buang masa mencari parking sambil menjimatkan duit parking yang agak mahal di GPO). Dari GPO, anda boleh menaiki kereta kabel untuk ke Genting Theme Park atau ke Chin Swee Cave Temple dengan harga tiket pergi dan balik RM18 sahaja.
Untuk maklumat lanjut mengenai GEO Resort & Hotel Genting Highlands, anda boleh hubungi ;
Alamat : GEO RESORT & HOTEL
Jalan Permai 2,
Genting Permai Avenue,
69000 Genting Highlands,
Pahang, Malaysia
Tel : +603-9213 0838
Fax : +603-9213 0828
Email : inquiry@georesort.my
3 Comments
Awesome write-up! 😍😍😍
ReplyDeleteMasya Allah..kenapa cantik sangat bilik² dia? View balkoni pun syantikkkkk
ReplyDeleteP genting leh la stay sini nanti
ReplyDelete