Jika sebut tentang masakan-masakan tradisi yang semakin dilupai dan semakin jarang dijumpai di negeri Pahang, admin akan namakan Gulai Pede atau Sambal Pede. Masakan ini sejenis masakan yang agak terkenal di daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub.
Pede adalah budu dalam sebutan di 3 daerah ini. Teringat ketika kecil, antara kegemaran arwah wan admin ialah pede (budu) yang dicicah dengan ikan bakar. Berbeza dengan Kelantan, masyarakat negeri Pahang sukakan masakan yang pedas. Untuk hidangan pede dicicah dengan ikan bakar mahu pun ulaman biasanya kunyit hidup ditumbuk bersama cili padi dan bawang merah dihiris halus menjadi rencah dalam pede (budu).
Gulai Pede Gulai Tradisi Pahang Yang Jarang Dijumpai
Gulai pede pula adalah sejenis gulai seakan-akan gulai daun kayu (masakan Negeri Sembilan) namun tidak menggunakan tempoyak tetapi pede (budu). Cukup ada gulai ini dan ikan goreng, pasti selera makan akan bertambah-tambah.
Gulai ini juga sering dijumpai di rumah kenduri kahwin. Masyarakat kampung di Pahang biasanya akan bergotong-royong ketika majlis kenduri. Jika zaman dahulu, gulai pede yang dimasak menggunakan kayu api memang menjadi hidangan tradisi.
![]() |
Gambar Kredit : MakanLena |
Aroma harum dari daun-daun seperti daun kaduk dan kesum, ditambah pula dengan aroma asap yang keluar dari kayu api menjadikan hidangan ini sangat istimewa. Rasa masam masin yang terbit dari pede (budu) serta pedas-pedas manis menaikkan lagi selera si pemakan. Untuk artikel kali ini jom admin kongsikan resipi gulai pede
![]() |
Gambar Kredit : Google |
Resipi Gulai Pede
Bahan-bahannya ;
Daun kaduk
Daun kunyit
Daun kesum
Pucuk ubi
Bunga kantan
Belimbing buluh (jika ada)
Terung pipit
Serai
Petai/jering
(semua bahan di atas dihiris/racik halus)
Bahan tumbuk ;
Segenggam cili api
1 inci kunyit hidup
Sedikit ikan bilis
Bahan lain ;
Santan
Pede (budu) } Ini adalah bahan paling wajib dan paling utama yang perlu ada dalam masakan ini
Asam keping secukupnya
Cara-cara Memasak ;
- Satukan semua bahan ke dalam periuk dan hidupkan api
- Masak sehingga kuah sedikit kering
- Sedia dihidang
![]() |
Gambar Kredit : FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ini |
6 Comments
Sedapnya. Xpnh try lg
ReplyDeleteHa..nanti boleh la buat sebab bahan dia senang je..
DeleteMakk aiii, terliur nengok gambar last tu oiii...
ReplyDeleteNanti buatlah sis..memang sedap
DeleteRasa dia masam-masam eh kak min?
ReplyDeletewww.ruby.my
Rasa dia pedas, lemak masin manis..haha..tak reti nak describe tapi memang sedap. Kalo suka masak tempoyak daun kayu Nogori tu pasti suka gulai pede ni
Delete