Gulai Pede Gulai Tradisi Pahang Yang Jarang Dijumpai

Jika sebut tentang masakan-masakan tradisi yang semakin dilupai dan semakin jarang dijumpai di negeri Pahang, admin akan namakan Gulai Pede atau Sambal Pede. Masakan ini sejenis masakan yang agak terkenal di daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub.


Gulai Pede Gulai Tradisi Pahang Yang Jarang Dijumpai

Pede adalah budu dalam sebutan di 3 daerah ini. Teringat ketika kecil, antara kegemaran arwah wan admin ialah pede (budu) yang dicicah dengan ikan bakar. Berbeza dengan Kelantan, masyarakat negeri Pahang sukakan masakan yang pedas. Untuk hidangan pede dicicah dengan ikan bakar mahu pun ulaman biasanya kunyit hidup ditumbuk bersama cili padi dan bawang merah dihiris halus menjadi rencah dalam pede (budu).


Gulai Pede Gulai Tradisi Pahang Yang Jarang Dijumpai


Gulai pede pula adalah sejenis gulai seakan-akan gulai daun kayu (masakan Negeri Sembilan) namun tidak menggunakan tempoyak tetapi pede (budu). Cukup ada gulai ini dan ikan goreng, pasti selera makan akan bertambah-tambah.


Gulai ini juga sering dijumpai di rumah kenduri kahwin. Masyarakat kampung di Pahang biasanya akan bergotong-royong ketika majlis kenduri. Jika zaman dahulu, gulai pede yang dimasak menggunakan kayu api memang menjadi hidangan tradisi.


Gulai Pede Gulai Tradisi Pahang Yang Jarang Dijumpai
Gambar Kredit : MakanLena

Aroma harum dari daun-daun seperti daun kaduk dan kesum, ditambah pula dengan aroma asap yang keluar dari kayu api menjadikan hidangan ini sangat istimewa. Rasa masam masin yang terbit dari pede (budu) serta pedas-pedas manis menaikkan lagi selera si pemakan. Untuk artikel kali ini jom admin kongsikan resipi gulai pede


Gulai Pede Gulai Tradisi Pahang Yang Jarang Dijumpai
Gambar Kredit : Google


Resipi Gulai Pede


Bahan-bahannya ;

Daun kaduk

Daun kunyit

Daun kesum

Pucuk ubi

Bunga kantan

Belimbing buluh (jika ada)

Terung pipit

Serai

Petai/jering

(semua bahan di atas dihiris/racik halus)


Gulai Pede Gulai Tradisi Pahang Yang Jarang Dijumpai




Bahan tumbuk ;

Segenggam cili api

1 inci kunyit hidup

Sedikit ikan bilis


Bahan lain ;

Santan

Pede (budu) } Ini adalah bahan paling wajib dan paling utama yang perlu ada dalam masakan ini

Asam keping secukupnya


Cara-cara Memasak ;

  • Satukan semua bahan ke dalam periuk dan hidupkan api
  • Masak sehingga kuah sedikit kering
  • Sedia dihidang


Gulai Pede Gulai Tradisi Pahang Yang Jarang Dijumpai
Gambar Kredit : FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ini 



Post a Comment

6 Comments

  1. Replies
    1. Ha..nanti boleh la buat sebab bahan dia senang je..

      Delete
  2. Makk aiii, terliur nengok gambar last tu oiii...

    ReplyDelete
  3. Rasa dia masam-masam eh kak min?

    www.ruby.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa dia pedas, lemak masin manis..haha..tak reti nak describe tapi memang sedap. Kalo suka masak tempoyak daun kayu Nogori tu pasti suka gulai pede ni

      Delete