Bukit Fraser Tempat Percutian Popular di Negeri Pahang

Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur, bukit ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.

 
Bukit Fraser Tempat Percutian Popular di Negeri Pahang


Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser. Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah candu dan perjudian di antara para pelombong di Pahang


Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimenkan. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga. Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tiada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan, banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki. Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan. Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu. Menariknya tandas awam beroperasi 24 jam dan bersih. 



Bukit Fraser Tempat Percutian Popular di Negeri Pahang



Pekan Bukit Fraser


Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris. Jalan menuju ke Bukit Fraser juga bukanlah jalan highway malah menggunakan jalan lama yang agak berliku.


Bukit Fraser Tempat Percutian Popular di Negeri Pahang


Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Pertandingan ini memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan. 


Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.Harga makanan amat berpatutan malah ada makanan yang lebih murah dari sesetengah tempat pelancongan.Amat sesuai untuk bercuti dan berehat.Terdapat juga kedai-kedai cenderamata yang terhad.Air terjunnya sangat menarik dan indah.Cubalah mandi jikalau berani dan tahan sejuknya.


Bukit Fraser Tempat Percutian Popular di Negeri Pahang


Bukit Fraser termasuk tujuh puncak, dengan ketinggian antara 1,220 dan 1,524 meter di atas paras laut.[10] Stesen Jabatan Meteorologi diukur pada 1,280 m. Suhu sepanjang tahun adalah antara 17°C~25 °C 63°F ~ 77 °F.

 

Resort ini terletak 64.6 batu (104 km) dari ibukota negara Kuala Lumpur dan 236 km dari ibu negeri Kuantan. Di kaki pendakian yang curam, di ketinggian hanya 800m, adalah The Gap, di mana sebuah rumah ibadat penjajah dulu. Jalan lorong 8 km yang berliku dari The Gap dibuka dalam arah ganti setiap jam; jam peluang untuk naik dan juga jam untuk turun. Pemanduan dari The Gap ke Bukit Fraser mengambil masa kurang dari 20 minit. Sesetengah pelawat lebih suka berjalan kaki, melihat burung dan menikmati kejatuhan suhu yang ketara.[11] Jalan alternatif baru dibuka pada tahun 2001, tetapi dari semasa ke semasa ini ditutup kerana tanah runtuh; tanah runtuh bagaimanapun adalah kejadian yang jarang berlaku hari ini. Jalan lama Gap-Bukit Fraser hari ini berfungsi sebagai jalan masuk ke Bukit Fraser manakala jalan baru yang dibuka pada tahun 2000 telah menjadi jalan keluar.


Bukit Fraser Tempat Percutian Popular di Negeri Pahang


Apa Yang Menarik di Bukit Fraser?


1. Menara Jam Bukit Fraser

Bukit Fraser Tempat Percutian Popular di Negeri Pahang


2. Taman Rekreasi Bukit Fraser

Bukit Fraser Tempat Percutian Popular di Negeri Pahang


3. Taman Flora Bukit Fraser

Bukit Fraser Tempat Percutian Popular di Negeri Pahang


4. Air Terjun Jeriau

Bukit Fraser Tempat Percutian Popular di Negeri Pahang


5. Kelab Golf Diraja Bukit Fraser

Bukit Fraser Tempat Percutian Popular di Negeri Pahang


6. Kompleks Sukan Bukit Fraser

Bukit Fraser Tempat Percutian Popular di Negeri Pahang


7. Allen's Water

Bukit Fraser Tempat Percutian Popular di Negeri Pahang


8. Bird Interprative Centre

Bukit Fraser Tempat Percutian Popular di Negeri Pahang


9. The Paddock Fraser Hill

Bukit Fraser Tempat Percutian Popular di Negeri Pahang


10. Twin Peak Pine Tree Hill

Bukit Fraser Tempat Percutian Popular di Negeri Pahang


Post a Comment

1 Comments

  1. Pernh p bukit fraser skali dgn trip gaya.. siap stay sana

    ReplyDelete