Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di Rompin, Pahang, Malaysia. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.
Asal Usul Nama Pulau Tioman
Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang.
Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah
balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar
ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi
pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu
sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.
Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992,
telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah
berhampiran dengan Kampung Mukut.
Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer
dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah
di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman.
Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur
keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara.
5 Tempat Menarik di Pulau Tioman
1. Pulau Renggis
Pulau ini terletak berhampiran tempat penginapan Berjaya Tioman Resort. Pulau Renggis agak popular dikalangan para penyelam kerana kehidupan dasar laut yang masih terjaga.
![]() |
Gambar kredit : Google |
2. Pulau Tulai
Juga dikenali sebagai Coral Island, Pulau Tulai antara yang popular dikalangan pelancong kerana keindahan pulaunya dan pasir yang memutih.
![]() |
Gambar Kredit : kuantanloka.com |
3. Monkey Bay
Monkey Bay terletak di belakang Kampung Salang. Pulau ini terkenal dengan keindahan dan menjadi kegemaran para pelancong.
![]() |
Gambar Kredit : tioman.org |
4. Kampung Salang/Pulau Salang
![]() |
Gambar Kredit : goislands.com.sg |
5. Kampung Tekek
Admin pernah ke Kampung Tekek suatu masa dahulu. Memang pemandangan dan kehidupan dasar laut di sini sangat cantik.
![]() |
Gambar Kredit : .tioman.org |
7 Comments
Dah lama tak pergi Pulau Tioman. Nak sampai sana dari jeti pun lama tak silap sis. 1 jam ke....Sis pergi tu tahun 2004 masa pregnant Dania. Nasib takde apa2 sebab bot tu terhentak kuat juga dan sis pergi snorkling. Dulu menginap di Berjaya Tioman. Tak silap sis dah tutup dah Hotel tu.
ReplyDeleteCantiknya lima pulau dalam artikel ni. Jernih air laut dan view macam berada di luar negara. Jom bercuti. Support pelancongan tempatan.
ReplyDeletePernah sekali je pergi Pulau Tioman, tapi rasa puas, sebab lama Sis stay sana, 4 hari 3mlm.. banyaklah aktiviti kami buat.. next time nak pergilah lagi...
ReplyDeleteAkak, rindunya Pulau Tioman. Lama betul tak ke sana. Nanti nak plan lah. Cantik laut kat sana. Permandangan dia MasyaAllah. Bleh merentas nanti nak balik kampung dan pergi Pulau Tioman. Hehe.
ReplyDeleteKitorang satu family memang plan nak ke Tioman tahun ni. Boleh la g pulau-pulau ni kalau berkesempatan nanti..
ReplyDeleteYa Allah lamanya kita tak ke Tioman ni huhuhuhu rasa nak pergi lagi semua tempat kita dah kunjungi hehehe buat Snorkling sangat best ikan banyak sana....
ReplyDeleteKalau ke sini better naik apa? Kalau bot lama tak? Hahaa kite trauma ye naik bot dulu gi perhentian
ReplyDelete