Bercerita tentang Patin Tempoyak, umum mengetahui masakan ini sangat sinonim dan popular di negeri Pahang Darul Makmur terutama di daerah Temerloh, Pahang.
![]() |
Gambar kredit : Hellocuti |
Kuah kuning pekat yang dimasak pedas dengan cili api kampung serta gabungan rasa dan aroma daun kesum serta bunga kantan pasti membangkitkan selera makan. Namun tahukah anda bahawa tidak susah sebenarnya untuk memasak resipi ini namun pastikan anda memilih ikan patin yang tidak hanyir atau terlalu kuat bau lumpurnya.
Buat pengetahuan semua, ikan patin yang paling sedap sebenarnya ialah patin buah. Namun begitu patin buah harganya mahal dipasaran. Sebab itu jika anda makan di Temerloh khususnya pastikan anda bertanyakan tentang menu anda supaya anda tidak terkejut sekiranya dikenakan harga yang mahal keterlaluan seperti yang pernah terjadi dan menggemparkan negara suatu ketika dahulu.
Untuk entri kali ini bersempena bulan Ramadan, admin ingin berkongsikan resipi gulai tempoyak ikan patin yang sangat popular diseluruh Malaysia ini.
Resipi Gulai Tempoyak Ikan Patin | Masakan Tradisi Negeri Pahang
![]() |
Gambar Kredit : friedchillies.com |
1 Comments
nnti boleh la try masak sendiri... mmg antara lauk kegemaran ni
ReplyDelete