Pembuka tahun 2021, negara dikejutkan dengan berita banjir yang berlaku di beberapa negeri dan antara yang terbesar adalah negi Pahang Darul Makmur. Banjir besar yang melanda Pahang hingga menyebabkan beberapa tempat yang sebelum ini tidak pernah mengalami banjir (setelah berpuluh tahun) turut terjejas akibat banjir seperti yang berlaku di Kampung Tersan, Raub.
Banjir Pada Tahun 1923-1924
Menerusi petikan dari blog https://lipis-zaini.blogspot.com/2013/12/banjir-besar-di-pahang.html Pada tahun 1923 satu banjir besar berlaku di Pahang. Banjir tersebut memusnahkan kawasan tanah yang luas di daerah Lipis, Temerloh, Kuantan dan Pekan. Banjir terus berlaku sehingga tahun 1924 yang telah memutuskan sistem perhubungan antara Pekan dengan daerah lain. Bencana yang berlaku menyebabkan Pahang mengalami masalah kekurangan beras. Justeru itu, pihak British mengambil langkah membeli dan mengirim beras ke Mentakab dan seterusnya dihantar ke Pekan melalui jalanraya. Banjir yang berlaku pada tahun tersebut adalah yang terburuk pernah berlaku dan mengorbankan banyak nyawa terutama orang-orang yang tinggal di sepanjang Sungai Pahang di daerah Pekan.
Banjir Pada Tahun 1926-1927
Pada penghujung tahun 1926 satu lagi
banjir besar, dicatatkan berlaku. Banjir besar 1926 diklasifikasikan sepenuhnya sebagai bencana alam yang berlaku disebabkan perubahan fenomena semulajadi. Semuanya bermula selepas Tanah Melayu ketika itu, terpaksa mengharungi hujan lebat selama 50 jam tanpa henti di beberapa kawasan.
Dikhabarkan bahawa beberapa buah kampung orang Melayu seperti di Raub lenyap. Air mula naik bermula pada 24 Disember di beberapa kawasan dan turun selama 2 hari sebelum naik mendadak pada 27 Disember 1926 sehingga mengakibatkan hubungan jalan, keretapi dan telegraf terputus.
Berikutan banjir yang berterusan sehingga awal bulan Januari 1927, bekalan makanan yang ada terpaksa dicatu dengan bekalan beras yang sangat terhad diedar. Di sesetengah kawasan yang sukar dijejaki, mereka hanya dibekalkan dengan 1 tin susu sebagai makanan untuk sehari khasnya di Kuala Lipis.
Di beberapa kawasan lain sekitar Pahang, ada kawasan yang ditenggelami air setinggi 18 kaki sehinggakan ramai yang berkemahiran terpaksa bermalam di atas pokok. Banjir di Pahang mulai reda di beberapa kawasan dan hanya benar-benar surut selepas 9 Januari 1927
![]() |
Gambar ihsan Google |
Banjir Pada Tahun 1971
Sejarah banjir paling besar pernah melanda negara kita
berlaku pada bulan Januari 1971 sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan
darurat setelah hampir seluruh negara ditenggelami air, akibat hujan lebat yang
turun tanpa selama hampir 1 minggu
Banjir yang melanda ini surut dalam tempoh seminggu kemudian
dengan mengorbankan 24 orang dan kerugian harta benda dianggarkan melebihi RM84.7
juta. Banjir ini turut meninggalkan kesan kerosakan yang paling teruk, malah ramai yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Hampir keseluruhan rakyat di Pahang tinggal sehelai sepinggang.
Banjir pada tahun 1971 ini turut disifatkan sebagai 'ibu' kepada segala banjir di Pahang sehingga hari ini.
![]() |
Gambar ihsan Google |
Peristiwa Banjir Besar 1971 yang tidak diketahui umum:-
- Beratus-ratus kereta dan lori tersadai selama 3 hari apabila jambatan dekat Maran runtuh. Feri terpaksa digunakan untuk membawa kenderaan tersebut menyeberangi sungai.
- Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang) hampir lemas apabila bot yang baginda bersama rombongannya untuk meninjau keadaan banjir telah dinaiki air di Sungai Pahang dekat daerah Pekan. Bagaimanapun baginda dan rombongannya terselamat apabila dua buah bot nelayan muncul dan memberi bantuan. Speed bot baginda yang berharga RM 60,000 karam pada pukul 10.30 pagi.
- Hamzah bin Haji Salleh ( berusia 23 tahun) dari Kampung Pasir Baru, Petaling Bahagia, muncul sebagai ‘hero banjir’ kerana berjaya menyelamatkan 20 orang yang terperangkap dalam banjir besar ini.
Banjir Pada Tahun 2013-2014
Banjir dilaporkan bermula pada 1 Disember 2013 dan berakhir pada Januari 2014. Mangsa banjir adalah seramai 38,210 orang dan sebanyak 579 buah pusat petempatan telah dibuka. Namun begitu tiada korban jiwa dilaporkan akibat banjir pada tahun tersebut .
Daerah yang teruk terjejas adalah Kuantan, Pekan, Temerloh, Jerantut, Maran, Bera dan Kuala Lipis.
![]() |
Gambar ihsan Google |
Banjir Pada Tahun 2020-2021
Sekali lagi bermula 4 Disember 2020 kita dikejutkan dengan perkhabaran banjir dan yang terburuk berlaku pada awal Januari 2021. Sehingga artikel ini ditulis, terdapat sebanyak 22,897 mangsa banjir di Pahang dan terdapat sebanyak 284 Pusat Petempatan Sementara (PPS) telah dibuka di 9 daerah iaitu ;
- 56 di Temerloh
- 40 di Maran
- 39 di Lipis
- 35 di Jerantut
- 34 di Raub
- 30 di Kuantan
- 27 di Pekan
- 11 di Bera
- 8 di Bera
![]() |
Gambar ihsan Bernama |
- Sungai Jelai
- Jeram Bungor
- Sungai Pahang (Lubuk Pasu)
- Temerloh ; Sungai Kuantan di Jalan Kuantan Pintasan
- Kuantan ; Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini
- Pekan ; Sungai Pahang si serambi (Paloh Hinai)
Seorang kakitangan bank maut selepas terkena renjatan elektrik di garaj kereta hadapan rumahnya di Kampung Paya Kechik, Temerloh, Pahang pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Isyraf Muhammad, 41, disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang.
Mayat pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ukai Iskandar Zulkarnain, 23, yang hilang dibawa arus di Kampung Gintong, Jerantut di sini pada Isnin, ditemukan pada pukul 9 pagi Rabu.
1 Comments
Teruk ye Temerloh tu. Adik pun tersekat banjir di Jerantut. Lama tak kena banjir besar kan.
ReplyDelete