Sejarah Negeri Pahang bermula sebelum didirikan kerajaan Melayu Melaka, wilayah bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu semuanya termasuk dalam kawasan kerajaan Pahang. Orang Jawa Majapahit zaman dahulu menyebut Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja. Pada awal kurun Masihi ke 16, pada permulaan terdirinya kerajaan Melayu Johor, sempadan Negeri Pahang Darul Makmur; di sebelahnya sampai ke Sedili Besar dan di utara sampai ke Terengganu; sempadan ke baratnya pula sampai ke Rembau, Selangor dan Perak. Negeri Pahang Darul Makmur sekarang ini di sebelah utara dan baratnya dilingkungi oleh banjaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan.
Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar
di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan 35,515 km3. Kemasyhuran dan
kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di
sekelilingnya. Pada masa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung dengan
terbahagi kepada sebelas daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh,
Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera. Manakala
penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.
Asal Usul Negeri Pahang
Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai
berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng,
Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao
Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di
antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah
negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.
Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan,
Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts,
seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam
buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju
menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya
itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari
bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri
ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Tembeling.
![]() |
Gambar sekadar hiasan : Ihsan Google |
Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu. Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu.
![]() |
Gambar Ihsan Google |
Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan.Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.
1 Comments
gelak je baca yang Pang Kang tu.. hahahaa. tp good info min
ReplyDelete