Untuk entri kali ini admin ingin menyambung kisah tentang Sultan Pahang ke 5 iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah. Untuk membaca kisah dari bahagian pertam sila klik link ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
Perlantikan DiRaja
Al-Marhum pernah dilantik beberapa kali menjadi Pemangku
Raja ketika Al-Marhum Seri Paduka Ayahanda baginda berangkat ke luar negeri
dalam tahun-tahun 1956, 1959 dan 1965.
Pada 7 Mei 1974, Al-Marhum telah dimasyhurkan sebagai Sultan
dan Raja Pemerintah Negeri Pahang dan segala jajahan takluknya menggantikan
Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah yang mangkat pada
5 Mei 1974.
Setelah genap setahun di atas singgahsana takhta Kerajaan
Pahang, satu Upacara Istiadat Diraja yang penuh kebesaran telah diadakan di
Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada 8 Mei 1975. Al-Marhum telah
ditabalkan dan dimahkotakan dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang
dan segala jajahan takluknya.
Upacara pertabalan tersebut telah dijalankan dengan penuh
istiadat tradisi dan penuh berwarna-warni. Bandar Diraja Pekan dihiasi indah
bagi memuliakan istiadat yang bersejarah dan penuh makna itu.
![]() |
Gambar Ihsan : Google |
Perlantikan Yang DiPertuan Agong
Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar
Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu
menjadi Yang Dipertuan Agong ke-VII menggantikan Al-Marhum Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Yang Dipertuan Agong yang ke-VI, Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum
Sultan Ibrahim yang telah mangkat pada 25 April 1979.
Sebelum bersemayam selaku Yang Dipertuan Agong, Al-Marhum
telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu untuk memegang jawatan
Timbalan Yang Dipertuan Agong pada 21 September 1975.
![]() |
Gambar Ihsan : Google |
Kepimpinan
Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar
Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah mempunyai pengalaman yang luas dalam lapangan
ketenteraan. Pada tahun 1953, sekembalinya ke tanah air Al-Marhum beserta 116
anggota lain telah memasuki angkatan tentera sebagai Pelatih Pegawai Kadet di
Port Dickson untuk menjalani latihan selama enam bulan. Latihan yang cukup
intensif ini akhirnya hanya diselesaikan oleh 13 orang pelatih sahaja dan
Al-Marhum adalah seorang daripada yang berjaya itu.
Al-Marhum pernah ditugaskan berkhidmat dalam Batalion ke-4
Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Tapah, Perak dengan pangkat Kapten.
Al-Marhum juga pernah ditauliahkan dengan pangkat Major semasa berkhidmat
dengan Askar Wataniah sebagai Pegawai Sementara.
Semasa Indonesia melancarkan kempen konfrontasi terhadap
Malaysia pada tahun 1963-1965, Al-Marhum telah berkhidmat sepenuh masa dengan
Pasukan Infantri ke-12 Batalion Askar Wataniah di Kem Batu 5, Mentakab sebagai
Pegawai Pemerintah.
Al-Marhum merupakan seorang Raja Pemerintah yang unggul dari
segi budi pekerti, berhemah dan berpengetahuan tinggi.
Al-Marhum mempunyai falsafah tersendiri iaitu ‘Raja dan
Rakyat Berpisah Tiada’. Al-Marhum selalu bercemar duli mengunjungi rakyat di
setiap pelusuk negeri untuk mengenal dan mengetahui segala masalah mereka.
Ketokohan dan kewibawaan Al-Marhum sentiasa dikagumi.
Al-Marhum dikagumi atas keprihatinan serta sering menghulurkan bantuan terhadap
rakyat yang menghadapi kesukaran
![]() |
Gambar Ihsan : Google |
Kegeringan
Pada 11 Januari 2019, baginda yang kegeringan berat menuruni
takhta bagi memberi laluan kepada anakanda baginda, Tengku Mahkota Pahang untuk
dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-6. Baginda kemudian diberi gelaran
Paduka Ayahanda.
Turun Takhta
Baginda menyerahkan takhta kepada paduka putera baginda,
Tengku Abdullah, selepas memerintah negeri ini hampir 45 tahun bagi membenarkan
paduka putera baginda layak menjadi Yang di-Pertuan Agong yang baharu berikutan
Sultan Muhammad V turun takhta.
Kemangkatan
Pada 22 Mei 2019, Istana Pahang melaporkan Paduka Ayahanda
telah kembali ke rahmatullah tepat jam 8:50 pagi di Institut Jantung Negara,
Kuala Lumpur setelah gering sekian lama. Baginda dimakamkan bersebelahan pusara
isteri Baginda, Tengku Ampuan Afzan di Makam Diraja Pahang, berdekatan dengan
Masjid Abu Bakar di Pekan, Pahang.
![]() |
Gambar Ihsan : Google |
Sumber daripada Portal Kesultanan Pahang
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang
http://www.dirajapahang.my/portaldiraja
Wikipedia
0 Comments