Sultan Pahang V : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah (Bahagian 1)

Untuk entri kali ini admin akan menceritakan tentang Sultan Pahang V : Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah.

Namun oleh kerana kisah baginda agak panjang, jadi artikel ini akan dibuat kepada beberapa bahagian. Untuk bahagian pertama ini admin akan menceritakan tentang sejarah awal dan kisah perkahwinana baginda. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat semua.


Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah (1974-2019)
 

DKP., DK., DKM., SSAP., SIMP., DMN., DK.(Perak), DK.(Johor), DK.(Kelantan),

DK.(Terengganu), DK.(Perlis), DK.(Kedah), DKMB., DK.(Brunei), DK.(Negeri Sembilan), DK.(Selangor), Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia)., Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait)., Grand Order of the Mugunghwa (South Korea), Hon. D.Litt (Malaya)., LLD. Hc. (Northrop USA)., Hon. D. Sc. (Bedfordshire, UK)., Hon. PhD. (Civil Engineering) (Universiti Malaysia Pahang).



Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah telah diputerakan tepat jam 12.00 tengah hari pada hari Jumaat, 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal (bersebelahan Istana Kuning, Pekan Lama) Bandar Diraja Pekan.

Al-Marhum merupakan anakanda ketiga Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah dengan Al-Marhumah Tengku Ampuan Besar Pahang Raja Hajjah Fatimah binti Al-Marhum Sultan Iskandar Shah.

 

Pendidikan

Al-Marhum diasuh dan dididik dalam pandangan serta perhatian Paduka Ninda Al-Marhum iaitu DYMM Sultan Iskandar Shah Perak yang bersemayam di Kuala Kangsar, Perak.

Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah memulakan persekolahannya di Sekolah Melayu di Kuala Kangsar, Perak. Setelah tamat pelajaran darjah empat Al-Marhum telah melanjutkan pelajarannya ke Maktab Melayu Kuala kangsar dan ketika itu Al-Marhum baru berusia 10 tahun.

Namun begitu, pelajaran Al-Marhum telah terganggu semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu pada akhir tahun 1941. Al-Marhum kemudiannya dibawa pulang ke Pahang.

Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Al-Marhum telah dihantar belajar asas-asas agama di Kuliah Al-lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar, Padang Polo, Pekan. Al-Marhum kemudiannya menyambung semula persekolahannya di Sekolah Clifford, Kuala Lipis. Di sana, Al-Marhum tinggal di asrama bersama-sama dengan para pelajar lain dan Al-Marhum sendiri tidak mahu dilayan seperti putera raja, sebaliknya Al-Marhum banyak bergaul dengan pelajar-pelajar dari kalangan rakyat biasa. Al-Marhum kemudiannya dihantar semula untuk menyambung pelajaran di sekolah lama Al-Marhum iaitu Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Pada 25 Mei 1944, dalam satu upacara adat istiadat diraja yang meriah, Al-Marhum telah dikurniakan gelaran Tengku Mahkota Pahang di Istana Seri Terentang, Pekan. Sebagai waris takhta, gelaran tersebut telah dimasyhurkan bagi kali kedua pada 29 Mei 1949.

Pada tahun 1948, Al-Marhum telah ke England dengan menaiki kapal laut yang bernama Audre Lebon dan pelayaran tersebut telah mengambil masa selama 25 hari. Al-Marhum melanjutkan pelajaran di Sekolah Persendirian Sussex sebelum memasuki Worchester College, Oxford bagi mengikuti Kursus Pentadbiran Awam dalam tahun 1950.

Setelah tamat pengajian di Oxford, Al-Marhum kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti College Exeter, Devon dari tahun 1951-1953 dan mendapat latihan praktikal dalam bahagian Kerajaan Tempatan di Urban District Council Sidmouth, Devon.

 

Perkahwinan

Al-Marhum telah melangsungkan perkahwinan dengan Al-Marhumah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajjah Afzan binti Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad pada 24 April 1954.

Perkongsian hidup di antara Al-Marhum dengan Al-Marhumah Kebawah Duli Yang  Maha Mulia Tengku Ampuan Hajjah Afzan telah dikurniakan dua orang putera dan lima orang puteri.

Namun kebahagiaan bersama Kebawah Duli Yang  Maha Mulia Tengku Ampuan Hajjah Afzan tidak bertahan lama apabila Kebawah Duli Yang  Maha Mulia Tengku Ampuan Hajjah Afzan dijemput ilahi pada 29 Jun 1988 hanya selepas 6 hari kemangkatan bonda Sultan Ahmad Shah. Berikutan itu seluruh Pahang telah berkabung selama 44 hari.



Perkahwinan Al-Marhum dengan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom pada 14 Mac 1991 telah mengubah suasana kemasyghulan yang menyelubungi Al-Marhum atas kembalinya ke rahmat Allah, permaisuri dan bonda yang dicintai. Perkongsian hidup Al-Marhum dengan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom telah dikurniakan seorang putera yang dinamakan Tengku Fahd Mu’adzam yang kini bergelar Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong.



 

Nama

Tarikh Keputeraan

Tempat Keputeraan

Tarikh Berkahwin

Pasangan Diraja

Anakanda Mereka

Cucunda Mereka

Yang Amat Mulia Tengku Meriam

1 April 1955 (umur 65)

Istana Abu BakarPekanPahang

24 April 1976 - bercerai

Tengku Dato’ Sri Kamil Ismail bin Tengku Idris Shah

Tengku Aidy Ahmad Shah

Tengku Abdullah Amir Ahmad Shah

Yang Amat Mulia Tengku Muhaini

31 Oktober 1956 (umur 64)

Istana Manggal Tunggal, PekanPahang

22 Januari 1981 - bercerai

Tengku Dato’ Ibrahim Petra bin Tengku Indra Petra

Yang Amat Mulia Tengku Aishah Marcella

13 November 1957 (umur 62)

Istana Manggal Tunggal, PekanPahang

23 Oktober 1980 - bercerai & 2 Julai 1987 - kini

Tunku Kamil Ikram bin Tunku Abdullah & Dato’ Muhammad Johan bin Dato’ Muhammad Yusuf

Tunku Kaiyisah binti Tunku Kamil Ikram
Tun Putra Ahmad Aizuddin Shah bin Dato’ Muhammad Johan
Putri Afzan Shakira Nabila binti Dato’ Muhammad Johan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

30 Julai 1959 (umur 61)

Istana Manggal Tunggal, PekanPahang

6 Mac 1986 - kini

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

Tengku Amir Nasser Ibrahim (Anakanda Angkat)
Almarhum Tengku Ahmad Iskandar Shah (Mangkat 24 Julai 1990)
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah
Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah
Tengku Puteri Iman Afzan
Tengku Puteri Ilisha Ameera
Tengku Ilyana

Tengku Adam Ibrahim Shah
Tengku Sulaiman Abdullah Shah
Tengku Zayn Edin Shah

Yang Amat Mulia Tengku Abdul Rahman

23 Ogos 1960 (umur 60)

Istana Manggal Tunggal, PekanPahang

27 Julai 2002

Cik Julita Aisha binti Abdul Latif & Cik Puan Nur Bahiyah binti Mohd Akip

Tengku Eddie Akasya
Tengku Ahmad Firman Shah
Tengku Ameera Asya
Tengku Armaan Alam Shah

Yang Amat Mulia Tengku Nong Fatimah

4 September 1962 (umur 58)

Dato’ Haji Muhammad Moiz

Yang Amat Mulia Tengku Shahariah

12 September 1964 (umur 56)

Baharim

Yang Amat Mulia Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah

10 Februari 1994 (umur 26)

Sumber daripada Portal Kesultanan Pahang

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang

http://www.dirajapahang.my/portaldiraja

Wikipedia


Post a comment

2 Comments

  1. Allahu tetiba rajin baca sejarah ni dah kenapa hahahaha

    ReplyDelete
  2. lengkap sungguh infonya...terima kasih admin!

    ReplyDelete