Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah (1932-1974)
DK., SIMP., DMN., DK(Brunei)., DK(Johor)., DK(Kedah).,
DK(Perak)., SPDK(Sabah)., GCMG.
Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin
Al-Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah telah
diputerakan pada 29 Mei 1904 bersamaan 14 Rabi'ul Awal Tahun 1322 Hijrah.
Baginda merupakan putera kepada Al-Marhum Sultan Abdullah dengan Che Kalsum bt
Abdullah.
Baginda telah diasuh, dipelihara dan dijaga dengan penuh
kasih sayang oleh Hajjah Aishah sehingga dewasa. Baginda telah mendapat
pendidikan awal di Sekolah Melayu Pekan. Selepas itu, Baginda menyambung
pendidikannya di dalam aliran Inggeris di Maktab Melayu Kuala Kangsar atau
dikenali sebagai Malay College Kuala Kangsar(MCKK) di Negeri Perak.
Baginda sentiasa menjelajah ke seluruh pelusuk negeri,
daerah, kampung- kampung untuk bersama-sama dengan rakyat jelata. Baginda juga
turut menyokong proses untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu pada
ketika itu. Ketika pemerintahan Baginda jugalah telah lahir ramai
pendekar-pendekar yang handal di negeri Pahang.
Semasa remajanya, Baginda mempunyai kegemaran dan minat
dalam seni budaya seperti Gamelan, Zapin, Inang, Canggong, Cinta Sayang
hinggalah tarian- tarian moden yang lain. Pada tahun 1972, Baginda telah
membawa balik Gamelan ke Negeri Pahang yang telah dibeli dari Tengku Mariam,
ibu saudara Baginda dari Terengganu. Selain itu, Baginda juga begitu aktif
dalam lapangan sukan seperti permainan Polo, Tenis, Lumba Kuda, Lumba Perahu,
dan sebagainya.
Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Duli Yang
Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Raja Fatimah, puteri kepada Duli Yang Maha
Mulia Sultan Iskandar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Idris Shah, di Kuala Kangsar,
Perak. Perkahwinan Baginda merupakan perkahwinan di antara dua kerabat Diraja yang
mempunyai pertalian persaudaraan iaitu saudara sepupu melalui bonda Tengku
Ampuan Fatimah yang bernama Tengku Nong binti Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah.
Pada 4 Jun 1930, Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah telah berkenan melantik Tengku Abu Bakar Ibni Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang.
Baginda merupakan putera Raja yang pertama dikurniakan
gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dalam sejarah Kesultanan
Pahang.
Berikutan kemangkatan ayahanda Baginda, Baginda menaiki
takhta Kerajaan negeri Pahang pada 24 Jun 1932. Baginda kemudiaannya ditabalkan
sebagai Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah pada hari Ahad, 28 Mei
1933 di Istana Pantai, Pekan. Pada waktu itu, usia Baginda baru mencecah 28
tahun dan Baginda merupakan Sultan Pemerintah yang paling muda di dalam sejarah
Raja-Raja Tanah Melayu pada ketika itu.
Di zaman pemerintahan Baginda, bermulalah mercu tanda
pembangunan Negeri Pahang moden, di mana perubahan dari segi politik dan sosial
berlaku dengan cukup pesat walaupun dengan kemaraan Tentera Jepun di Tanah
Melayu ketika Perang Dunia Kedua.
Semasa penjajahan Jepun dalam tahun 1941 hingga tahun 1945,
Al-Marhum telah bersetuju dengan secara sulit supaya orang-orang Melayu dalam
negeri ini menubuhkan Pasukan Tentera Wataniah yang dikenali dengan nama
'Pasukan 136' yang ketika itu diketuai oleh Yoep Mahidin, Tun Haji Abdul Razak
Hussain, Tan Sri Ghazalie Shafie dan Abdul Rahman Ismail. Peranan yang
dimainkan oleh Baginda dalam menghadapi jajahan Tentera Jepun di Pahang telah
membuktikan kewibawaan Baginda sebagai Raja yang berdaulat.
Peristiwa di mana Baginda ditahan selama 27 hari di Ladang
Getah Ng Tiong Kiat, Sungai Jerik (17 Ogos 1945 - 9 September 1945) menjadi
natijah kecekapan, kecekalan, kesabaran dan kewibawaan Baginda dalam mengatasi
saat-saat yang sangat kritikal. Kejadian tersebut telah menggemparkan
masyarakat Pahang pada ketika itu.
Kepesatan pertumbuhan ekonomi seperti perlombongan bijih
timah, emas dan perladangan getah berlaku pada zaman pemerintahan Baginda
sejurus selepas Kemerdekaan Tanah Melayu. Semasa pemerintahan Baginda juga, ibu
negeri Pahang yang pada ketika itu Kuala Lipis, telah dipindahkan ke Kuantan.
Sebagai seorang Raja Pemerintah yang sangat prihatin atas segala hal ehwal
berkaitan perkembangan agama Islam di Negeri Pahang, Baginda telah mengambil
beberapa langkah untuk kemajuan dan kebangkitan agama. Di antaranya, pada Mac
1950 menubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang,
menghidupkan kembali jawatan Mufti kerajaan kepada jawatan Kadi Besar serta
mewujudkan sebuah Sekolah Arab Tinggi dengan nama Kuliah Al-Lughah Waddin
Al-Sultan Abu Bakar Pahang dalam tahun 1941.
Baginda merupakan seorang Raja pencetus kemodenan atau
pembawa arus perubahan di dalam sejarah Negeri Pahang moden. Banyak adat-adat
yang tidak bersesuaian pada masa itu ditinggalkan. Baginda mengikut dan bergerak
menurut masa dari segi pemikiran, pemerintahan dan memimpin rakyat. Baginda
mangkat pada 5 Mei 1974 di Istana Kecil, Pekan setelah memerintah negeri Pahang
selama 42 tahun.
Sumber daripada Portal Kesultanan Pahang
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang
15 Comments
Banyak juga kisah sejarah yang dni masih belum pernah dengar. Best dapat info macam ni.
ReplyDeletewow! history brought back so much feelings!
ReplyDeletelorrr .. rajin sungguh laaa cikmin kita kumpul bahan ni... rare nih .... mmg org pahan yer
ReplyDeleteDaulat Tuanku !! Bacaan sejarah yang harus diketengahkan terutamanya dalam kalangan generasi muda kini. Tq share info
ReplyDeleteWOW! Very rarely people will write about history stuff! Thanks for sharing this! Happy sangat membaca!
ReplyDeleteSeronok baca sejarah-sejarah sultan pahang ni. Marsha tak pernah tahu walaupun anak pahang.
ReplyDeleteWah banyaknya info pasal sejarah dekat sini! Terbaiklah, bolehlah kenal siapa sultan2 pahang terdahulu :)
ReplyDeleteOh rupanya golongan diraja pun belajar di MCKK, ya. Patut la bangga betul sesiapa yang dapat masuk situ.
ReplyDeleteSisyat suka sejarah sejak zaman sek. Men. Lagi. Bila baca sejarah sultan pahang yang ni, rasa mcm zaman belajar dulu2 😊.
ReplyDeleteGood info. Nice sharing
Sejarah yang patut rakyat Malaysia ambil tahu ni. Bacaan sesuai pada waktu lapang. MCKK tu dekat sangat dengan rumah saya hehehe
ReplyDeleteBangga LH jadi orang Pahang. Di Pahang, sultan Abu Bakar memang famous. Raja-raja dan putera-putera raja Pahang memang sangat rapat dengan rakyat-rakyat yang tinggal di kampung-kampung sebab selalu turun beraktiviti dengan rakyat. Makam baginda pun ada di Pekan tu, dalam kawasan masjid lama.
ReplyDeleteKalau tak gini memang tak tau lee kisah sejarahnya kan.. kami orang Johor pun patut tau di sebalik sejarah negeri Pahang ni.. *daku baca penuh fokus hokay...
ReplyDeleteTerbaik admin VocabPahang ni... dah jadi one-stop center untuk belajar dan sumber rujukan tentang sejarah kat Pahang ni.. Keep it up, admin.
ReplyDeleteBanyak juga maklumat yang dikumpul untuk hasilkan entri ni yea.. bagusnya.. rajin .. tahniah atas usaha ni untuk sama-sama berkongsi sejarah tentang tokoh-tokoh mahupun tentang raja-raja serta pemerintahan zaman sebelum ni di Pahang
ReplyDeleteKita ni harap jer orang Pahang tapi sejarah Pahang pun tak tahu langsung hehehehe bila dapat baca kat Vocab Pahang banyak ilmu dan info berguna terutama pasal kesultanan Pahang ni hurmm menarik...
ReplyDelete