Sultan Pahang II : Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah

Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah (1914-1917) adalah Sultan Pahang yang kedua selepas Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah.


Perkongsian hidup di antara Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah dengan Che Pah, seorang daripada isteri Baginda telah dikurniakan seorang putera yang bernama Tengku Mahmud pada hari Jumaat 4 Februari 1868 bersamaan 10 Syawal 1254H. Tengku Mahmud diberi layanan dan asuhan yang sempurna daripada pengasuh khas.

Walaupun Baginda mendapat pelajaran secara tidak formal tetapi tanda-tanda kepandaian, kecerdikan dan kebijaksanaan Baginda memang terserlah. Tengku Mahmud bijak berkira bicara dan berunding. Pegawai- pegawai British yang datang ke Pahang pada masa itu sangat tertarik hati dan memuji kebijaksanaan Tengku Mahmud. Pergaulan yang baik dengan pegawai-pegawai British memberi peluang kepada Tengku Mahmud belajar menulis dan membaca serta cara-cara berfikir sebagai seorang yang bakal menggantikan ayahandanya.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah telah mengangkat puteranya Tengku Mahmud menjadi Pemangku Raja pada 22 Julai 1889 bagi membantu Baginda di dalam urusan pemerintahan negeri. Kemudiannya, menurut persetujuan Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah yang disahkan di dalam Mesyuarat Negeri pada 11 Oktober 1891, Tengku Mahmud diberi gelaran Tengku Besar Pahang iaitu gelaran kepada seorang bakal Sultan.

Baginda telah berkahwin dengan Tengku Mariam iaitu puteri kepada Al-Marhum Sultan Abu Bakar (Johor) pada Julai 1913 tetapi tidak meninggalkan zuriat.

Baginda menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Yang Memerintah pada 9 Mei 1914 dan Tengku Mariam pula dilantik sebagai Tengku Puan Besar. Pemerintahan Baginda sebagai Sultan tidak lama, apabila Baginda mangkat pada 19 Jun 1917 di Rumah Rehat Kuala Pahang.

Sumber daripada Portal Kesultanan Pahang

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang

http://www.dirajapahang.my/portaldiraja

Post a Comment

20 Comments

  1. woow...A long history shared here about Pahang sultan, hmm....frankly I have already forgotten what I have learnt from school about it. A good memory recalled :D Just like studying history for exam last time. lol...cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  2. great sharing about sejarah Diraja Pahang. banyak benda boleh belajar

    ReplyDelete
  3. Suka baca sejarah negara kita. Nanti nak singgah lagi baca. Banyak sangat sejarah pahang yang Marsha belum tahu walaupun lahir kat pahang.

    ReplyDelete
  4. Interesting to learn about the royal family. Admittedly, I seldom pay much attention, although I'm a 'raja' myself. 😄

    ReplyDelete
  5. Masa belajar dulu subjek sejarah lah TB paling lemah, tapi bila dihasilkan dalam buku yang bewarna warni dulu baru TB ada la juga minat nak membaca.. hehehe.. but this entri sangat bagus sebab kami dapat info dan sejarah tentang Sultan Pahang II ni

    ReplyDelete
  6. ohh baru tau. bnyak info blh diperolehi di sini ye? 😍👍

    ReplyDelete
  7. Teruskan berkongsi sejarah dan perkara penting sebegini Kak Min. Banyak ilmu baru dan juga cerita yang kita tak tahu pasal sejarah di Malaysia nie kan

    ReplyDelete
  8. Bagusnya perkongsian ini, sebelum ni tak terfikir nak ambik tahu sejarah kesultanan Pahang. Teruskan usaha!

    ReplyDelete
  9. Wah sejarah! Teringat masa belajar sejarah masa sekolah dulu. Belajar pasal kesultanan memang seronok.

    ReplyDelete
  10. Bagus perkongsian sejarah macam ni. Sebab jarang dah nak jumpa dah. Vocab Penang takde ke? Hope dapat di adakan satu hari kelak.

    ReplyDelete
  11. Bestnya, portal ni harus dijadikan sumber rujukan bagi mereka yang mahu mengenali Pahang dengan lebih dekat.. :) Good initiative admin :)

    ReplyDelete
  12. Kita yang Johor pun tak habis kaji dan baca sejarah Johor tau, tiba rasa bangga pulak orang macam Min ni suka menulis bab sejarah.. teruskan tau, biar menjadi info buat mereka yang tak tau mengenai sejarah silam ni..

    ReplyDelete
  13. tak pasal2 semua orang dok korek asal usul negeri sendiri kan. tetiba makin rasa best hahaha. tunggu versi Kelantan pulak

    ReplyDelete
  14. Nice sharing. Teruskan lagi berkongsi info tentang sejarah Sultan-sultan Pahang supaya generasi skrg tahu sejarah2 negara.

    ReplyDelete
  15. bagusnya dari kecil lagi dah nampak kepintaran tu, memang ciri-ciri seorang pemimpin tu dah ada dalam darah Sultan Pahang II

    ReplyDelete
  16. Dah macam belajar sejarah.. Bagus sangat ni. Kadang kita lupa kan.. Hey pasni boleh baca banyak lagi dekat blog vocab ni

    ReplyDelete
  17. Thank u for the info! Lama sungguh tak mendekatkan diri dgn sejarah kesultanan di negara kita. Great sharing😊

    ReplyDelete
  18. 1917 wah lamanya. Banyak yg menarik tth sejarah kesultanan ini kan

    ReplyDelete
  19. Dah lama tak baca cerita tentang sejarah macam ni dan mengenai Sultan Pahang. Seronok baca pasal sejarah ni sebab kita boleh ingat balik peristiwa yang dah berlaku

    ReplyDelete
  20. Yet another informative post about the history of Pahang. This time it is about one of the royals. I think I really need to frequent here often to learn so many things about Pahang.

    ReplyDelete