Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah (1914-1917) adalah Sultan Pahang yang kedua selepas Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah.
Perkongsian hidup di antara Duli Yang Maha Mulia Sultan
Ahmad Al-Mu'adzam Shah dengan Che Pah, seorang daripada isteri Baginda telah
dikurniakan seorang putera yang bernama Tengku Mahmud pada hari Jumaat 4
Februari 1868 bersamaan 10 Syawal 1254H. Tengku Mahmud diberi layanan dan
asuhan yang sempurna daripada pengasuh khas.
Walaupun Baginda mendapat pelajaran secara tidak formal
tetapi tanda-tanda kepandaian, kecerdikan dan kebijaksanaan Baginda memang
terserlah. Tengku Mahmud bijak berkira bicara dan berunding. Pegawai- pegawai
British yang datang ke Pahang pada masa itu sangat tertarik hati dan memuji
kebijaksanaan Tengku Mahmud. Pergaulan yang baik dengan pegawai-pegawai British
memberi peluang kepada Tengku Mahmud belajar menulis dan membaca serta cara-cara
berfikir sebagai seorang yang bakal menggantikan ayahandanya.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah telah
mengangkat puteranya Tengku Mahmud menjadi Pemangku Raja pada 22 Julai 1889
bagi membantu Baginda di dalam urusan pemerintahan negeri. Kemudiannya, menurut
persetujuan Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah yang disahkan di dalam Mesyuarat
Negeri pada 11 Oktober 1891, Tengku Mahmud diberi gelaran Tengku Besar Pahang
iaitu gelaran kepada seorang bakal Sultan.
Baginda telah berkahwin dengan Tengku Mariam iaitu puteri
kepada Al-Marhum Sultan Abu Bakar (Johor) pada Julai 1913 tetapi tidak
meninggalkan zuriat.
Baginda menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Yang
Memerintah pada 9 Mei 1914 dan Tengku Mariam pula dilantik sebagai Tengku Puan
Besar. Pemerintahan Baginda sebagai Sultan tidak lama, apabila Baginda mangkat
pada 19 Jun 1917 di Rumah Rehat Kuala Pahang.
Sumber daripada Portal Kesultanan Pahang
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang
20 Comments
woow...A long history shared here about Pahang sultan, hmm....frankly I have already forgotten what I have learnt from school about it. A good memory recalled :D Just like studying history for exam last time. lol...cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeletegreat sharing about sejarah Diraja Pahang. banyak benda boleh belajar
ReplyDeleteSuka baca sejarah negara kita. Nanti nak singgah lagi baca. Banyak sangat sejarah pahang yang Marsha belum tahu walaupun lahir kat pahang.
ReplyDeleteInteresting to learn about the royal family. Admittedly, I seldom pay much attention, although I'm a 'raja' myself. 😄
ReplyDeleteMasa belajar dulu subjek sejarah lah TB paling lemah, tapi bila dihasilkan dalam buku yang bewarna warni dulu baru TB ada la juga minat nak membaca.. hehehe.. but this entri sangat bagus sebab kami dapat info dan sejarah tentang Sultan Pahang II ni
ReplyDeleteohh baru tau. bnyak info blh diperolehi di sini ye? 😍👍
ReplyDeleteTeruskan berkongsi sejarah dan perkara penting sebegini Kak Min. Banyak ilmu baru dan juga cerita yang kita tak tahu pasal sejarah di Malaysia nie kan
ReplyDeleteBagusnya perkongsian ini, sebelum ni tak terfikir nak ambik tahu sejarah kesultanan Pahang. Teruskan usaha!
ReplyDeleteWah sejarah! Teringat masa belajar sejarah masa sekolah dulu. Belajar pasal kesultanan memang seronok.
ReplyDeleteBagus perkongsian sejarah macam ni. Sebab jarang dah nak jumpa dah. Vocab Penang takde ke? Hope dapat di adakan satu hari kelak.
ReplyDeleteBestnya, portal ni harus dijadikan sumber rujukan bagi mereka yang mahu mengenali Pahang dengan lebih dekat.. :) Good initiative admin :)
ReplyDeleteKita yang Johor pun tak habis kaji dan baca sejarah Johor tau, tiba rasa bangga pulak orang macam Min ni suka menulis bab sejarah.. teruskan tau, biar menjadi info buat mereka yang tak tau mengenai sejarah silam ni..
ReplyDeletetak pasal2 semua orang dok korek asal usul negeri sendiri kan. tetiba makin rasa best hahaha. tunggu versi Kelantan pulak
ReplyDeleteNice sharing. Teruskan lagi berkongsi info tentang sejarah Sultan-sultan Pahang supaya generasi skrg tahu sejarah2 negara.
ReplyDeletebagusnya dari kecil lagi dah nampak kepintaran tu, memang ciri-ciri seorang pemimpin tu dah ada dalam darah Sultan Pahang II
ReplyDeleteDah macam belajar sejarah.. Bagus sangat ni. Kadang kita lupa kan.. Hey pasni boleh baca banyak lagi dekat blog vocab ni
ReplyDeleteThank u for the info! Lama sungguh tak mendekatkan diri dgn sejarah kesultanan di negara kita. Great sharing😊
ReplyDelete1917 wah lamanya. Banyak yg menarik tth sejarah kesultanan ini kan
ReplyDeleteDah lama tak baca cerita tentang sejarah macam ni dan mengenai Sultan Pahang. Seronok baca pasal sejarah ni sebab kita boleh ingat balik peristiwa yang dah berlaku
ReplyDeleteYet another informative post about the history of Pahang. This time it is about one of the royals. I think I really need to frequent here often to learn so many things about Pahang.
ReplyDelete