Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Bendahara Ali (1882-1914) adalah Sultan negeri Pahang Darul Makmur yang pertama.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah ialah
anakanda kepada Bendahara Ali dengan Che Long, juga dikenali sebagai Che
Lingga. Bendahara Ali adalah pemerintah Negeri Pahang bagi tahun 1806 hingga
1857.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah telah
diputerakan pada 23 Mei 1836 bersamaan 5 Muharram 1252 H, di istana ayahandanya
di Pulau Maulana, Pekan. Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah merupakan putera yang
kelima dari sebelas saudara. Baginda telah diisytiharkan menjadi Sultan pada 16
Ogos 1882.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah telah
mangkat pada 9 Mei 1914, setelah memerintah selama lebih kurang tiga puluh
tahun penuh daulat di atas takhta singgahsana kerajaan Negeri Pahang. Baginda
mangkat dengan meninggalkan beberapa orang isteri, putera dan puteri, dan telah
dimakamkan di Makam Diraja di Kampung Marhum, Kuala Pahang pada 11 Mei 1914.
Sumber daripada Portal Kesultanan Pahang
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang
0 Comments